Talam Dua Muka Akhirnya Telan Padah

2021-04-18 15:25:53  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak AS-Jepun diadakan pada Jumaat dengan menumpukan kepada tindakan bersama untuk menghadapi China.

Kenyataan bersama dikeluarkan menerusi sidang kemuncak itu menyebut tentang isu-isu berkaitan kedaulatan dan kepentingan teras China termasuk Laut China Timur, Laut China Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Xinjiang.

Dalam pada itu, tingkah laku Jepun disifatkan umpama pengampu dan buah catur bagi AS.

Yang perlu diberi perhatian adalah isu Taiwan buat kali pertamanya dimasukkan ke dalam kenyataan bersama AS-Jepun.

Jepun secara terang-terangan masuk ke "zon larangan” dalam hubungan dengan China, satu langkah yang amat berbahaya.

Memandangkan sejarah pencerobohan Jepun ke atas China dan penjajahannya terhadap wilayah Taiwan, perbuatan negara itu nescaya akan menjejaskan prospek hubungan dua hala.

Modus operandi dilakukan Perdana Menteri Yoshihide Suga seperti ini dianggap mempunyai pertimbangan untuk tujuan tertentu.

Jepun sedang dilanda wabak gelombang keempat susulan ketidakcepakan kabinetnya dalam memerangi wabak. Pada masa sama, pertumbuhan ekonomi negara itu susut kepada negatif 4.83 peratus pada tahun lepas.

Kegagalan dalam mengawal pandemik dan memacu ekonomi menyebabkan kabinet Suga hendak mencari jalan mengalihkan perhatian dan percanggahan dalaman demi meraih sokongan untuk pemilihan presiden Parti Liberal Demokrat (LDP) pada September depan.

Sejarah membuktikan bahawa sesebuah negara takkan mempunyai masa depan yang cerah dalam pembangunan jika tidak mengambil iktibar dari sejarah dengan bersungguh-sungguh.

Politikus Jepun yang bermuka dua dan suka mengampu bodek kuasa Barat akhirnya pasti akan menelan padah.

周乔西