China Buka Dimensi Baharu Diplomasi Sesama Jiran

2021-04-18 16:39:23  CRI
Share with:

"Kita inginkan yang baik sesama jiran, samalah dengan harapan kepada saudara mara," pepatah ini dipetik Presiden Xi Jinping untuk menghuraikan konsep diplomasi sesama tetangga yang diamalkan China semasa sidang tahunan Forum Asia Boao pada 2013.

Selepas itu, pepatah tersebut berulang kali diguna pakai Xi dalam ucapannya, yang memperlihatkan betapa China mementingkan hubungan baik dengan negara-negara jiran.

Felo penyelidik kanan dari Institut Strategi Asia Pasifik dan Global, Akademi Sains Sosial China (CASS), Xu Liping beranggapan, daripada konsep diplomasi yang mesra, ikhlas, saling untung dan inklusif hinggalah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), gagasan dan pendekatan baharu yang dikemukakan Presiden Xi telah membuka dimensi baharu dalam diplomasi kejiranan.

Ketua pengarah Pusat Pengajian Strategik dan Kedamaian Universiti Hal Ehwal Luar China (CFAU), Profesor Su Hao pula berkata, visi komuniti berkongsi nasib sesama insan yang diketengahkan Presiden Xi telah mendapat pengiktirafan dan sokongan daripada semakin banyak negara.

“Negara-negara jiran aktif bekerjasama dengan China ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib Asia menerusi pelbagai platform multilateral, untuk mewujudkan syarat dan suasana kondusif kepada pembangunan serantau,” katanya.

周乔西