Pameran Automobil Antarabangsa Shanghai 2021 Membuka Tirai

2021-04-19 14:55:13  CRI
Share with:

Pameran Automobil Antarabangsa Shanghai 2021 Membuka Tirai_fororder_微信图片_20210419114041

Pameran Automobil Antarabangsa Shanghai 2021 (Auto Shanghai 2021) yang akan berlangsung 10 hari membuka tirainya hari ini. Sebanyak 138 buah sidang media akan diadakan dan dilaporkan oleh hampir seribu buah agensi media dari dalam dan luar negara pada hari ini dan esok.

Auto Shanghai 2021 sebagai pameran automobil antarabangsa yang berskala besar yang pertama di dunia dapat diadakan menurut jadualnya di China yang berjaya mengawal wabak COVID-19,  menarik perhatian sejagat.

Menurut maklumat dari pihak penganjur, Auto Shanghai 2021 yang seluas 360 ribu meter persegi yang melibatkan 12 buah balai Pusat Mesyuarat dan Pameran Negara, diserikan dengan penglibatan seribu buah syarikat pempamer. Majlis pelancaran perdana sejagat diijangka akan diadakan untuk hampir 50 model automobil penumbang dalam pameran itu.

Pameran Automobil Antarabangsa Shanghai 2021 Membuka Tirai_fororder_微信图片_20210419114029

Pengerusi Dewan Penggalakan Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) Shanghai, Zhou Minhao menyatakan bahawa di sebalik kawalan kerajaan yang berjaya terhadap wabak, pameran kali ini akan menyaksikan jumlah automobil baharu, automobil dalam majlis pelancaran perdana dan teknologi baharu yang paling banyak berbanding pameran automobil yang lain di dunia. 

曹捷