BRI Untuk Semua, Tidak Eksklusif Untuk Sesetengah Pihak

2021-04-20 13:56:35  CRI
Share with:

BRI Untuk Semua, Tidak Eksklusif Untuk Sesetengah Pihak_fororder_1127350853_16188853026671n1111

Presiden China, Xi Jinping menyifatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sebagai wadah dalam pewujudan pembangunan dan saling untung untuk semua negara terlibat.

Beliau berkata, China komited berpegang kepada prinsip berbincang dan membina bersama serta berkongsi, mengekalkan konsep terbuka, hijau dan integriti bagi mewujudkan matlamat yang berstandard tinggi dan berterusan demi memberikan manfaat kepada rakyat.

Xi berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya pada majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) melalui video, pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa BFA yang ditubuhkan 20 tahun dahulu itu telah menyaksikan pengembangan dan memberikan sumbangan bukan sahaja dalam proses pembangunan China dan Asia, bahkan dunia.

Dalam perkembangan lain, Xi mengumumkan bahawa China akan mengadakan Persidangan Dialog Tamadun Asia Kedua sejurus wabak COVID-19 berjaya dibendungkan. Ini bagi merapatkan dialog antara Asia dengan dunia.

Sementara itu, beliau berkata, China mahu merapatkan hubungan rakan kerjasama dalam sektor kesihatan, kesalinghubungan, pembangunan mesra alam, bersikap terbuka dan inklusif demi memberikan sumbangan kepada kemakmuran sejagat.

Tambah Xi, Parti Kumunis China yang akan menyambut ulang tahun ke-100nya pada tahun ini akan mengetengahkan China sebagai pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global dan pelindung tata tertib antarabangsa.

"China menentang hegemonisme dan perlawanan senjata, dan sebaliknya sentiasa menjunjung pembangunan secara damai dan aktif membina hubungan antarabangsa baharu.

"China akan terus mengambil bahagian dalam kerjasama multilateral melibatkan sektor perdagangan dan pelaburan, mempercepat pembinaan pelabuhan perdagangan bebas Hainan, selain mewujudkan mekamisme ekonomi terbuka bertaraf tinggi", ujar Xi lagi.

Pada masa sama, beliau turut mengalu-alukan pelbagai negara untuk turut sama berkongsi peluang pembangunan di pasaran China.

覃淼