Kereta Api Kargo Galak Pertumbuhan di Bandar Pelabuhan Xinjiang

2021-04-20 11:28:09  CRI
Share with:

Horgos, sebuah bandar pelabuhan yang terletak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China telah menyaksikan pertumbuhan ketara susulan peningkatan jumlah perdagangan yang dibawa oleh pengoperasian kereta api kargo antara China dengan Eropah.

Sebagai pintu masuk penting bagi menyambungkan China dengan negara-negara di barat, pelabuhan Horgos pula merupakan perhentian penting dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Berpandukan rancangan pembangunan yang meliputi satu pelabuhan, dua daerah, lima pusat dan kawasan ekonomi pelabuhan, Horgos akan memfokuskan projek besar, memperluas rantai industri dan menarik pelbagai projek utama.

Selain itu, kerajaan tempatan juga melancarkan pelbagai langkah untuk meningkatkan keefisienan pemeriksaan di kastam.

Ia sekali gus akan banyak memudahkan pengangkutan kereta api dan jalan raya, lantas menjadikan Horgos sebagai pelabuhan terbesar di Xinjiang.

Seiring dengan pembangunan BRI, China turut mewujudkan kawasan bebas tarif komprehensif di Horgos pada tahun 2020 yang dapat membantu menarik kemasukan lebih banyak syarikat.

Menurut Jabatan Pelaburan Zon Pembangunan Ekonomi Horgos, kini terdapat lebih 100 syarikat pengeluaran dan pemprosesan di taman perindustrian Horgos, dan lebih 50 daripadanya terlibat dalam perdagangan luar.

Pengarahnya, Zhen Fei berkata, sehingga suku pertama tahun ini, Horgos berjaya menarik sejumlah 131 projek di satu daerah dan tiga tamannya, dengan jumlah pelaburan sebanyak RMB 2.52 bilion yuan (RM 1.68 bilion).

覃淼