Guterres: PBB Tingkatkan Kerjasama dengan Pertubuhan Kawasan dan Sub-kawasan

2021-04-20 14:01:17  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyatakan semalam bahawa PBB akan terus meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan kawasan dan sub-kawasan, dan menegaskan bahawa ASEAN memainkan peranan yang penting dalam menangani situasi Myanmar.

Dalam perbahasan terbuka peringkat tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) bagi memperkasakan kerjasama PBB dengan pertubuhan regional dan subregional, Guterres telah menegaskan hubungan kerjasama antara PBB dengan ASEAN serta peranan penting yang dimainkan ASEAN dalam bidang dipomatik, mencegah konflik dan membina kedamaian. Kata beliau, dalam menangani situasi Myanmar pada masa ini, peranan yang dimainkan ASEAN menjadi lebih penting daripada bila-bila masa dahulu. 

曹捷