Xi Jinping Kunjungi Guangxi

2021-04-26 12:16:39  CRI
Share with:

Xi Jinping Kunjungi Guangxi_fororder_xi1

Xi Jinping Kunjungi Guangxi_fororder_xi2

Presiden China, Xi Jinping menyatakan cita-cita dan keyakinan ialah kunci kemenangan revolusi China.

Beliau berkata demikian ketika melawat taman peringatan Perang Sungai Xiangjiang semasa Long March pada 1930-an, yang terletak di kaunti Quanzhou, bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pagi semalam.

Xi telah meletak jambang bunga di taman tersebut sebagai tanda penghormatan kepada pahlawan yang terkorban dalam perang itu.

Selepas itu, Xi melawat ke kampung Maozhu, pekan Caiwan untuk melihat pembangunan dan pengurusan kampung tersebut.

Pada petang semalam, Presiden Xi telah meninjau ke Yangshuo untuk mengetahui pengurusan Sungai Lijiang dan perlindungan ekologi di kawasan berkenaan.

胡星