Xi Jinping Kunjungi Liuzhou

2021-04-27 12:47:44  CRI
Share with:

Xi Jinping Kunjungi Liuzhou_fororder_习3

Xi Jinping Kunjungi Liuzhou_fororder_习5

Xi Jinping Kunjungi Liuzhou_fororder_习4

Presiden China, Xi Jinping telah membuat tinjauan ke bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi semalam.

Beliau telah mengunjungi Kumpulan Liugong Guangxi, zon pengeluaran bihun Luosifen, sejenis makanan istimewa tempatan, untuk melihat pembaharuan dan inovasi industri tempatan, khususnya industri pembuatan dan industri istimewa di bandar tersebut.   

Kumpulan Liugong Guangxi ditubuhkan pada tahun 1958, sekarang disenaraikan dalam 100 syarikat industri jentera terhebat di China. Kumpulan ini mempunyai 20 pangkalan pembuatan di dunia dengan pelanggannya di lebih 130 negara dan kawasan. Kumpulan Liugong mempergiat pembaharuan dan inovasi dan telah membina pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global pada 2015.

Bihun Luosifen ialah salah sejenis makanan istimewa di bandar Liuzhou. Pada tahun 1980-an, Luosifen menjadi popular di seluruh China malah dieksport ke lebih 20 negara dan kawasan. Industri pengeluaran Luosifen berkembang pesat sehingga mencipta pendapatan sebanyak RMB11 bilion (RM6.93 bilion) pada tahun 2020, di samping menawarkan lebih 300 ribu peluang pekerjaan.

胡星