Topeng Hipokrit Pengkomplot Barat Terbongkar di Depan Fakta

2021-05-01 14:34:45  CRI
Share with:

Topeng Hipokrit Pengkomplot Barat Terbongkar di Depan Fakta_fororder_微信图片_20210501143338

Sempena Hari Pekerja Antarabangsa yang jatuh pada 1 Mei, beberapa pekerja dari wilayah Xinjiang telah menyertai satu sidang media di Beijing, menceritakan kisah pengalaman mereka dalam membina kehidupan yang bahagia.

Pengalaman mereka sekali lagi membuktikan apa yang disebut sebagai "kerja paksa" oleh beberapa kuasa anti-China dari Barat adalah dakwaan yang tidak berasas.

Dalam media antarabangsa, "kerja paksa" sentiasa menjadi alasan kuasa anti-China di dunia Barat untuk memburukkan imej Xinjiang. Mereka menutup mata terhadap fakta tentang automasi tinggi dalam industri kapas dan polysilikon di Xinjiang, sebaliknya mengambil laporan yang dibuat-buat oleh sarjana anti-China, Adrian Zenz, untuk menghitamkan nama Xinjiang dengan alasan isu "hak asasi manusia", di samping mengenakan sekatan terhadap pertubuhan dan individu yang terlibat dalam isu Xinjiang.

Tujuan kuasa anti-China itu adalah untuk menghalang penglibatan Xinjiang dalam rantai nilai global dan melemahkan daya saing syarikat China di arena antarabangsa, agar menyekat pembangunan China dengan menggunakan isu Xinjiang.

Kuasa anti-China dari Barat mendakwa akan memelihara "hak asasi manusia" bagi penduduk di Xinjiang, tetapi langkah yang diambil mereka sebenarnya adalah menjejaskan pembangunan Xinjiang dan mencabuli hak asasi manusia. Fakta dan suara adil dari masyarakat antarabangsa telah memkongkar topeng hipokrit mereka.

Tidak kira berapa kuat suara bising kuasa anti-China dari AS dan Barat, mustahil membantutkan pembangunan dan kemakmuran Xinjiang, juga mustahil menghalang penduduk Xinjiang untuk memiliki kehidupan yang lebih bahagia.

曹捷