Xi: Giat Pembangunan Tamadun Ekologi, Bina Keharmonian antara Manusia dan Alam

2021-05-02 15:06:54  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan pembelajaran kolektif kali ke-29 tentang usaha mempergiat pembangunan tamadun ekologi negara ini pada petang Jumaat. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mempengerusikan pembelajaran kali ini.

Beliau berkata, dalam pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-14, pembinaan tamadun ekologi China memfokuskan usaha pengurangan jumlah pelepasan karbon, mendorong pengurangan pencemaran dan karbon secara terselaras, agar memperkasakan pembangunan sosioekonomi yang mersa alam.

Selain itu, konsep pembangunan baharu patut dilaksanakan secara tepat dan menyeluruh, di samping mempertahankan dasar asas yang menjimatkan sumber tenaga dan melindungan alam sekitar.

Beliau menegaskan, China perlu membaiki struktur perindustrian, cara pengeluaran, kehidupan, menyelaraskan pengawalan pencemaran, perlindungan ekologi agar menghadapi perubahan iklim, terus membaiki ekologi alam sekitar supaya membina keharmonian antara umat manusia dan alam.

徐国玮