Amalan Intervensi AS Makan Tuannya

2021-05-05 13:49:48  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken yang menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) di London, Britian pada Isnin lalu sama sekali tidak menyembunyikan niatnya mahu bersubahat dengan negara sekutu untuk mengekang Beijing dan Moscow, sama seperti dugaan luar.

Sebelum ini, AS kerap kali menunjukkan sikapnya yang ramah untuk mempelawa negara sekutu tradisinya di rantau Eropah memainkan peranan penting dalam menindas dan mencampuri urusan dalaman China.

Dari perspektif yang lain, AS juga mempercepat pengemaskinian sumber strategik negara sendiri di seluruh dunia. Terdahulu, Blinken jelas menunjukkan tumpuan negaranya akan dialih ke China selepas tentera negara itu mundur dari Afghanistan.

Amalan intervensi AS, pencetus perang Afghanistan yang berlarutan selama 20 tahun, terbukti sudah makan tuannya, selain membawa malapetaka besar kepada negara Asia Tengah itu.

Malah, proses makan tuan tersebut jauh belum berakhir, memandangkan AS sedang mengalihkan tumpuannya ke rantau Pasifik, dan berpakat sulit dengan rakan sekutunya untuk melakukan campur tangan pusingan baharu.

Dengan dalih apa yang disebut "hak asasi", "demokrasi" dan "kebebasan", AS terus melemparkan tohmahan dalam isu Hong Kong, Xinjiang dan Taiwan untuk menindas China.

Setelah bergelut di rantau Asia Tengah selama berpuluh-puluh tahun, negara hegemoni yang terjerumus ke kancah serba salah itu, menghadapi risiko yang jauh lebih besar dan bahaya jika mahu melakukan intervensi terhadap urusan dalaman negara Tembok Besar yang kuat lagi maju.

周乔西