Rakyat China Terima Vaksin Di Dalam Bas Bergerak

2021-05-06 11:58:25  CRI
Share with:

Sejak Isnin lalu, penduduk tempatan dan pelancong di bandar Guangzhou China disediakan perkhidmatan untuk mendapatkan vaksin di dalam bas yang ditempatkan di tepi laluan pejalan kaki.

Tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu, individu yang ingin menerima vaksin hanya perlu mengemukakan kad pengenalan masing-masing dan akan terus mendapat vaksin secara percuma.

Bagi penduduk Guangzhou, rata-rata mereka ketika ditemui memaklumkan perkhidmatan tersebut memberikan kemudahan dari aspek masa kerana hanya perlu mengambil tempoh 10 minit untuk keseluruhan proses.

Sejak 1 Mei, rakyat China turut menikmati cuti panjang sempena Hari Pekerja selama lima hari dan cuti tersebut turut dimanfaatkan oleh pelancong tempatan untuk menerima vaksin.

Menurut pelancong yang menerima vaksin, dengan adanya perkhidmatan sedemikian pada waktu cuti umum, ia secara tidak langsung tidak akan menganggu waktu kerja masing-masing.

Perkhidmatan yang ditawarkan mulai pukul 1 hingga 6 petang untuk tiga hari tersebut secara rasminya tamat pada semalam dengan kapisiti pemvaksinan sebanyak 600 orang sehari.

Menurut Zhang Ying yang merupakan pengamal perubatan tempatan, meskipun perancangan awal adalah untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut selama tiga hari sahaja, namun pihaknya akan memanjangkan jadual sekiranya terdapat permintaan yang tinggi.

Sepanjang tiga hari tersebut, 12 sukarelawan pelajar dari institusi perubatan tempatan juga telah memanfaatkan cuti mereka untuk terlibat dalam projek pemvaksinan itu.

Salah seorang daripanya, Chen Zeyu berkata, tugasnya adalah khusus untuk membimbing mereka yang ingin menerima vaksin.

Menurutnya, selain dapat mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari, beliau juga boleh menyumbang kepada peningkatan kesedaran kadar vaksinasi dalam kalangan masyarakat.

曹捷