Eksport Durian Thailand Tertinggi Dunia pada Suku Pertama

2021-05-06 11:43:05  CRI
Share with:

Permintaan China yang tinggi terhadap durian Thailand kekal kukuh, menjadikan jumlah eksport tertinggi dunia direkodkan negara Asia Tenggara itu.

Menurut Kementerian Perdagangan Thailand, eksport durian ke China bagi suku pertama tahun ini meningkat 14 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tanah Besar China merupakan destinasi eksport terbesar Thailand, dengan menyumbang 88 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport durian negara itu.

China kekal sebagai pasaran yang amat penting bagi Thailand lebih-lebih lagi apabila pandemik COVID-19 membadai seluruh dunia.

董筱娉