Terowong Manmushu Landasan Kereta Api China-Laos Siap

2021-05-06 13:57:14  CRI
Share with:

Terowong Manmushu Landasan Kereta Api China-Laos Siap_fororder_微信图片_20210506135109

Manmushu, antara terowong paling bahaya untuk projek landasan kereta api China-Laos selesai dibina hari ini, setelah mengambil masa hampir enam tahun untuk disiapkan.

Terowong Manmushu Landasan Kereta Api China-Laos Siap_fororder_微信图片_20210506135115

Dengan ini, kesemua terowong yang panjangnya melebihi 10 kilometer bagi projek itu sudah siap, sekali gus meletakkan asas untuk operasi landasan berkenaan pada hujung tahun ini .

Terowong Manmushu Landasan Kereta Api China-Laos Siap_fororder_微信图片_20210506135120

Landasan kereta api China-Laos sepanjang lebih 1,000 kilometer merupakan landasan kereta api antarabangsa pertama yang dibina China selepas pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Ia juga dihubungkan dengan rangkaian landasan kereta api China.

Terowong Manmushu Landasan Kereta Api China-Laos Siap_fororder_微信图片_20210506135127

Sebaik beroperasi nanti, akan berakhirnya sejarah ketiadaan perkhidmatan kereta api di bandar Pu’er dan daerah Xishuangbanna di provinsi Yunnan,  selain memudahkan penumpang melakukan perjalanan dari Kunming ke Vientiane dengan bertolak pada sebelah pagi dan tiba sewaktu petang.

曹捷