230 Juta Rakyat China Lakukan Pelancongan Domestik pada Cuti Hari Pekerja

2021-05-06 13:38:14  CRI
Share with:

230 Juta Rakyat China Lakukan Pelancongan Domestik pada Cuti Hari Pekerja_fororder_微信图片_20210506133529

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China pada semalam memaklumkan sebanyak 230 juta rakyatnya melakukan pelancongan domestik sempena percutian Hari Pekerja Antarabangsa mulai 1 hingga 5 Mei.

Dalam statistik yang diumumkan, kementerian itu memberitahu angka itu menyaksikan lonjakan sebanyak 119.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, sekali gus memperlihatkan pemulihan mencapai 103.2 peratus sebelum penularan COVID-19.

Tambah kementerian itu, pendapatan pelancongan direkodkan sebanyak RMB113.23 bilion (kira-kira RM72 bilion) atau meningkat 138.1 peratus berbanding tahun lalu, iaitu mencapai pemulihan hingga 77 peratus sebelum wabak.

Sepanjang tempoh cuti tersebut juga, direkodkan tiada berlakunya insiden keselamatan atau penularan wabak menerusi saluran kebudayaan dan pelancongan.

Kejayaan tersebut dikatakan merupakan hasil daripada pelaksanaan peraturan ketat iaitu mengehadkan jumlah pelancong, mengamalkan janji temu dan mengelak daripada kemuncak kunjungan, sehingga tempat peranginan peringkat 5A di seluruh negara mencatatkan penerimaan pelancong sebanyak 48 juta orang.

Daripada angka tersebut, 32 peratus daripadanya membuat janji temu secara dalam talian, dan 33 peratus lagi memasuki destinasi pelancongan dengan mengimbas kod atau pengenalan muka.

Turut dimaklumkan juga, pendekatan janji temu tersebut disambut baik oleh para pelancong apabila ia menerima pengiktirafan dengan kadar 98 peratus.

Dalam perkembangan lain, jumlah pelancong bagi setiap rombongan dicatatkan sebanyak 14.67 orang secara purata, iaitu memperlihatkan penyusutan 25 peratus berbanding tahun 2019, dan peralihan dari rombongan besar ke rombongan kecil.

曹捷