Hari Pekerja: Penggunaan Shanghai Lonjak 30 Peratus

2021-05-06 12:19:35  CRI
Share with:

Festival Beli Belah 5 Mei kedua yang dilancarkan sempena cuti Hari Pekerja berjaya memasang hasrat warga Shanghai untuk terus berbelanja.

Menurut Suruhanjaya Perniagaan Bandaraya Shanghai, transaksi jual beli luar talian bermula 30 April hingga 4 Mei merekodkan lonjakan ketara sehingga 19.65 bilion yuan (RM12.5 bilion), naik 30.4 peratus berbanding tahun lalu.

Antaranya, jualan produk kosmetik dan automobil menyaksikan peningkatan yang memberangsangkan.

Data berkenaan menunjukkan, jualan barang kosmetik menokok 46.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala automobil naik 23.9 peratus, antaranya kereta tenaga alternatif bertambah 159 peratus.

董筱娉