Majlis Keselamatan Alu-alukan Gencatan Senjata Palestin-Israel

2021-05-23 14:59:56  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Alu-alukan Gencatan Senjata Palestin-Israel_fororder_微信图片_20210523145807

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan tentang isu Palestin-Israel semalam.

Wakil tetap China, negara pengerusi bergilir Majlis Keselamatan bulan ini, Zhang Jun menyampaikan ucapan.

Menurutnya, Majlis Keselamatan mengalu-alukan gencatan senjata yang dikuatkuasakan pada Jumaat lalu, di samping mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Mesir, PBB, "mekanisme empat pihak" mengenai isu Asia Barat serta pihak-pihak lain dalam mewujudkan gencatan senjata itu. Oleh itu, perjanjian gencatan senjata parlu dipatuhi dengan menyeluruh.

Sementara itu, anggota Majlis Keselamatan melahirkan rasa duka cita atas kehilangan nyawa dalam konflik kekerasan antara Palestin dengan Israel baru-baru inii.

Selain itu, pihak-pihak terlibat perlu segera menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin khususnya penduduk di Genting Gaza. Negara anggota Majlis Keselamatan menyokong seruan Setiausaha Agung PBB agar masyarakat antarabangsa menetapkan pelan yang komprehensif dan berkesan bagi menjalankan pembinaan semula dan pemulihan pasca perang yang segera dan berterusan.

徐国玮