AS Tersepit dalam Kancah Rasisme

2021-05-27 13:26:33  CRI
Share with:

Aktiviti diadakan di banyak tempat di Amerika Syarikat (AS) pada Selasa bagi memperingati ulang tahun pertama kematian George Floyd.

Biarpun bekas pegawai polis Minneapolis, Derek Chauvin disabit kesalahan membunuh lelaki kulit hitam itu, namun masalah rasisme sistemik semakin serius di negara tersebut.

Tindakan kekerasan yang digunakan polis akibat diskriminasi perkauman memburukkan lagi keadaan itu.

Pangkalan data Mapping Police Violence merekodkan, pada 2020, sebanyak 28 peratus daripada 1,126 kematian akibat kekerasan polis AS adalah keturunan Afrika. Nisbah itu jauh lebih tinggi daripada mereka yang diwakili 13 peratus populasi negara itu.

Setahun sudah berlalu, tragedi Floyd masih berulang.

Dalam pada itu, proses pembaharuan terhadap sistem kepolisan yang didesak banyak pihak sentiasa tergendala.

Rang undang-undang pembaharuan yang dinamai Floyd itu gagal diluluskan sempena ulang tahun memperingati kematiannya.

Malahan, beberapa negeri bertindak meluluskan akta berkenaan untuk memperhebat kuasa anggota polis dan meningkatkan perlindungan terhadap mereka.

Pangkalan data itu menunjukkan, bermula 2013 hingga 2020, sebanyak 98.3 peratus daripada golongan polis yang menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kematian, tidak pernah menghadapi tuduhan.

Konsep keagungan kulit putih yang sudah berakar umbi berdekad-dekad lamanya di AS serta ketidakcekapan sistem kehakiman dan kecuaian pihak pemerintah, menjadikan matlamat kesamarataan antara kaum yang diinginkan rakyat negara itu, mustahil menjadi kenyataan.

董筱娉