Jelaslah Modus Operandi AS Dalam Memfitnah China

2021-06-04 16:10:39  CRI
Share with:

Baru-baru ini, pihak Amerika Syarikat (AS) mula mereka-reka fitnah pusingan baharu untuk mencemarkan nama China melalui menggembar-gemburkan isu mengesan punca COVID-19. Para 'pelakon' termasuk agensi media, politikus dan agensi perisikan AS berturut-turut menampil untuk mempersembahkan farsa yang bertujuan mengambinghitamkan China.

Modus operandi mereka sudah biasa bagi kita. Mula-mulanya, The Wall Street Journal menyiarkan rencana sempena Perhimpunan Kesihatan Dunia dirasmikan, yang mengatakan pihaknya telah menerima satu maklumat rahsia dengan maksudnya merujuk kepada dakwaan wabak COVID-19 berpunca dari makmal di Wuhan.Kemudian, beberapa agensi media AS menggembar-gemburkan berita yang palsu itu.Seterusnya, segelintir politikus AS yang beralasan 'tekanan daripada masayarakat awam', naik pentas untuk mengarah agensi perisikan menjalankan penyiasatan berkenaan.Bermulalah farsa yang terancang yang justru bertujuan memburukkan nama China.

Modus operandi yang sama, plot yang sama, dan semua ini tidak asing lagi bagi dunia luar.

Menyentuh tentang isu Xinjiang juga, AS pun sudah biasa mengendalikan modus operandi seumpama ini, iaitu pakar kumpulan pemikir mereka-reka suatu laporan, dan kemudian agensi media menyiarkannya dengan sewenang-wenangnya, berikutnya politikus mengeluarkan suara ancaman dan sebagainya.Yang bezanya hanya 'pelakon' yang boleh ditukar menurut keperluan.

Dalam isu penyelidikan bagi mengesan asal usul COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengeluarkan amaran dengan beberapa kali yang menganggap usaha itu sedang 'dijangkiti virus politik'.Ramai penganalisis mengkritik langkah politikus AS yang mengarah agensi perisikan negaranya menerajui penyiasatan terhadap punca COVID-19, sebagai lakuan anti-sains belaka.

Tidak ada orang akan mempercayai kesimpulan yang dibuat daripada kebohongan. Manipulasi politik segelintir orang AS bukan hanya menjejaskan perjuangan global dalam melawan wabak, tetapi juga dilihat sama dengan mencoret arang pada muka mereka sendiri.

曹捷