Mesyuarat Ke-27 Menteri Perdagangan APEC Dirasmikan Esok

2021-06-04 12:36:45  CRI
Share with:

Mesyuarat Ke-27 Menteri Perdagangan APEC dirasmikan secara maya esok.

Demikian dinyatakan jurucakap penerangan Kementerian Perdagangan China, Gao Feng dalam sidang media semalam.

Dimaklumkan, China berharap para hadirin berfokus kepada perbincangan tentang tindakan menangkis wabak COVID-19 dan sokongan terhadap sistem perdagangan multilateral, dan berusaha mencapai persepakatan yang pragmatik, melantangkan suara bersama Asia Pasifik, memperincikan tindakan menangkis wabak, memelihara keselamatan rantai industri dan rantai pembekalan serantau, serta menggalakkan ekonomi serantau pulih dengan mantap dan berkembang ke arah yang sihat.

高蕾