Encik Blinken,Sila Balas Seruan Netizen untuk Bebaskan Assange

2021-06-05 15:47:38  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menyiarkan perkataannya melalui Twitter semalam yang beraga menuntut polis Hong Kong China membebaskan mereka yang ditangkap dalam perhimpunan haram pada hari itu. Ada netizen meninggalkan mesej di bawah perkataannya untuk merayu AS membebaskan tokoh-tokoh yang ditahan dan didakwa kerana mendedahkan skandal kerajaan AS serta membatalkan permohonan ekstradisinya terhadap pengasas WikiLeaks, Julian Assange.  

Menyentuh tentang langkah yang diambil polis Hong Kong di sisi undang-undang, Blinken memilih mencampur tangan dengan sesuka hati dan membersihkan jenayah yang dilakukan perusuh. Manakala, menyentuh tuntutan netizen Barat yang meminta pembebasan Assange pada beberapa tahun lalu, Blinken memilih menghindar dari membalas,  walaupun dokumen yang didedahkan oleh Assange adalah fakta yang benar. Penggunaan dwistandard ini sebenarnya merupakan sindiran terhadap 'negara yang diperintah berdasarkan undang-undang' itu yang begitu dibanggakan oleh sejumlah warga AS.  

Ahli Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Demokrat, Tulsi Gabbard pernah berkata sedemikian pada tahun 2019 bahawa dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks telah memberitahu rakyat AS apa yang sepatutnya ditahui serta apa yang dilakukan tentera AS di Asia Barat yang sewajarnya tidak akan berlaku. Ramai tokoh hak asasi manusia mengkritik tindakan kerajaan AS terhadap Assange adalah satu tamparan terhadap demokrasi. Ketika tribunal Britain menjalankan perbicaraan tentang kes ekstradisi Assange pada Januari tahun ini, ramai orang melaungkan slogan "Kebebasan! Kebebasan!" yang menuntut agar Assange dibebaskan segera di luar tribunal itu.

Para 'Blinken' yang selalu beralasan “demokrasi” dan “kebebasan” memberikan sokongan kepada perusuh yang anti China dan berniat memusnahkan Hong Kong, bagaimana dapat bersipekak terhadap seruan orang Barat untuk "demokrasi" dan "kebebasan"? Maka, encik Blinken, jangan bimbang lagi akan hal ehwal Hong Kong yang sejauh lebih lima ribu kilometer, sebaik saja membalas tuntutan netizen tentang kes Assange terlebih dahulu. 

曹捷