Encik Blinken, Silalah Berdiri Bersama Rakyat AS

2021-06-05 15:01:35  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengeluarkan kenyataan semalam yang penuh dengan perkataan yang bukan-bukan mengenai situasi hak asasi manusia Hong Kong, dan menyebut akan 'berdiri bersama rakyat China'. Betapa ironisnya!

Encik Blinken membabi buta terhadap lebih 600 ribu nyawa warga AS yang diragut oleh wabak COVID-19, dan juga membabi buta terhadap terjaminnya hak dan kebebasan penduduk Hong Kong berkat penguatkuasaan Undang-undang Asas Hong Kong dan Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan HK, serta langkah untuk menambahbaikkan sistem pilihan raya Hong Kong setelah Hong Kong dikembalikan ke pangkuan tanah air. Beliau justru berminat bertudung "hak asasi manusia" dan "demokrasi" untuk mencampur tangan urusan dalaman Hong Kong malah pentadbiran domestik China. Ini penuh mendedahkan lakuan yang keji segelintir AS yang meletakkan kepentingan politik sendiri ke atas kesihatan dan nyawa rakyat. Selain itu, dalam tempoh lebih setahu lalu, sejumlah 'tumor' yang sedia wujud dalam masyarakat AS termasuk diskriminasi perkauman serta jurang bezanya yang amat besar antara golongan kaya dan miskin, kelihatan makin teruk di sebalik penularan wabak COVID-19, sekali gus menyebabkan keadaan hak asasi manusia semakin busuk di negara Uncle Sam itu.

Tipu mislihat yang bodoh tersebut membuktikan mereka bukan bertujuan untuk apa yang disebut 'hak asasi manusia', melainkan untuk 'hegemoni AS'. Semakin banyak disebut “hak asasi manusia” dan “demokrasi” dalam ucapan mereka, semakin mudah terdedah niat jahat mereka di bawah topeng hipokrit.

Sebaik saja memilih berdiri bersama rakyat AS terlebih dahulu,  Encik Blinken,  dan endahkan hak kesihatan dan keselamatan nyawa mereka.

曹捷