Xi: China Komited Menyumbang Kepada Penambahbaikan Alam Sekitar Global

2021-06-05 17:31:02  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada aktiviti sempena menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia yang diadakan di Islamabad, Pakistan hari ini.

Xi Jinping menganggap aktiviti yang bertema “Pemulihan Ekosistem” ini amat signifikan bagi usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dalam memulihara sistem ekologi.

Xi menyifatkan dunia ini sebagai komuniti berkongsi nasib yang perlu diamalkan nilai “berat sama dipikul ringan sama dijinjing”. Beliau mencadangkan masyarakat antarabangsa bertindak untuk mendorong pembentukan sistem penambahbaikan prestasi alam sekitar yang adil, rasional dan bekerjasama untuk keuntungan bersama bagi memacu pembangunan lestari umat manusia.

Menurut Xi, China menyenaraikan pembangunan tamadun ekologi dalam susun atur keseluruhan pembangunan sistem sosialis bercirikan China. Sebagai peserta, penyumbang dan peneraju dalam usaha pembangunan tamadun ekologi, China dengan tegas mengamalkan multilateralisme, membela sistem antarabangsa yang diterajui PBB dan ketertiban antarabangsa yang berdasarkan undang-undang antarabangsa demi meningkatkan tahap penambahbaikan prestasi alam sekitar global.

China akan menganjurkan Persidangan ke-15 Negara-negara Anggota Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) pada tahun ini. Xi Jinping menyatakan kesediaan untuk bersama dengan pelbagai pihak membincangkan rancangan perlindungan alam sekitar, membina komuniti berkongsi nasib simbiosis antara manusia dengan alam sekitar bagi mewujudkan dunia yang bersih dan indah.  

曹捷