Keyakinan Rakyat Jepun Terhadap Sukan Olimpik Meningkat

2021-06-07 12:29:05  CRI
Share with:

Lebih 50 peratus rakyat Jepun yakin Sukan Olimpik Tokyo akan diadakan menurut jadualnya. Demikian keputusan tinjauan pendapat oleh akhbar Yomiuri Shinbun baru-baru ini.

Kadar tersebut meningkat 11 peratus berbanding bulan lalu.

Menurut hasil tinjauan itu, penduduk yang berharap Sukan Olimpik Tokyo dibatalkan telah menurun daripada 59 peratus pada Mei kepada 48 peratus. Dengan hanya tinggal 46 hari sebelum pembukaan Sukan Olimpik, hasil tinjauan terkini tersebut menunjukkan bahawa kadar sokongan rakyat Jepun terhadap Sukan Olimpik telah mencapai tahap tertinggi dalam tempoh lebih setahun lalu.

Sejak memasuki bulan Jun, penularan wabak COVID-19 di Tokyo dikawal dengan makin baik. Menurut rancangan, perintah darurat di 10 wilayah di seluruh negara itu termasuk Tokyo akan dibatalkan pada 20 bulan ini.

曹捷