Bendera Parti Komunis China dalam Perjuangan Melawan COVID-19

2021-06-08 13:46:07  CRI
Share with:

Bendera Parti Komunis China dalam Perjuangan Melawan COVID-19_fororder_54fbb2fb43166d2220a5011d49d890ff9252d268

Satu dua hari ini, gambar ini yang dikongsikan oleh seorang penduduk Guangzhou menjadi tular di media sosial China.

Tiga petugas barisan hadapan menaiki beca bermotor membawa barangan melawan wabak dalam keadaan hujan lebat dan turut dikibarkan pada beca tersebut bendera Parti Komunis China.

Satria tahu di bawah hantaran ini mesti ada orang komen: Komunis!

Tapi, dalam konteks China, bendera ini membawa keyakinan kepada penduduk bandar ini yang sedang menghadapi kes baharu COVID-19.

Dalam seminggu yang lalu, di Guangzhou telah terdapat lebih 60 kes baharu selepas pemeriksaam diadakan secara menyeluruh terhadap jutaan penduduk.

Khususnya Guangzhou menjadi medan pertama di China menghadapi mutasi virus dari India, penularan lebih cepat, virus yang dibawa setiap kes didapati pun kadarnya adalah kali ganda berbanding kes dahulu.

Dengan situasi ini, melihat ada anggota parti yang mendahului orang ramai berjuang di barisan hadapan membawa harapan kepada mereka bahkan memberi semangat secara optimis melawan wabak.

Ada netizen komen bahawa mereka menaiki beca bermotor macam seolah-olah seperti menaiki kereta berperisai.

Ada netizen komen yang mereka rasa tenang tatkala melihat gambar tersebut.

Bahkan, ada netizen yang langsung menulis puisi: Parti yang ditubuhkan 100 tahun, maju terus dalam hujan lebat, matlamat utama tidak dilupakan, berjuang untuk rakyat.

Anggota parti bukan seperti bayangan orang asing merupakan pemimpin di negara ini, mereka adalah setiap orang yang bersedia mendahului orang ramai menghadapi apa jua kejadian kecemasan.

Dialog dalam satu kumpulan WeChat sukarelawan tempatan turut menyentuh hati Satria.

Ketika pengurus kumpulan mengumumkan perlu merekrut sukarelawan ke barisan hadapan, ada sukarelawan segera menyatakan bahawa “Saya adalah anggota parti, saya sepatutnya mendahului orang lain!”

Turut kelihatan ramai orang menyatakan “Saya boleh!” “Saya boleh!” “Saya pun boleh!”

Ada warga emas menyatakan “Jangan tolak saya dengan alasan umur!”

Inilah konsep “Komunis” sebenar di China.

张弘