15 Ekor Gajah Liar Berhijrah Hampiri Bandar Kunming

2021-06-08 13:52:04  CRI
Share with:

15 Ekor Gajah Liar Berhijrah Hampiri Bandar Kunming_fororder_src=http-%2F%2Fn.sinaimg.cn%2Fsinakd202165s%2F137%2Fw600h337%2F20210605%2Faa33-kracxeq4849135&refer=http-%2F%2Fn.sinaimg

Sejak pandemik COVID-19 tercetus, kadar gangguan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar menyaksikan penurunan secara mendadak.

Sebaliknya, kini haiwan liar pula telah beberapa kali disaksikan memasuki bandar.

17 ekor gajah Asia liar mulai berhijrah dari kawasan perlindungan di Provinsi Yunnan pada bulan Mac tahun 2020, telah berjalan lebih 500 km, merentasi beberapa buah bandar dan cepat masuk bandar Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan yang berpopulasi kira-kira 7 juta orang.

Kes ini telah menarik tumpuan media Jepun, AS dan pelbagai negara yang lain.

Hijrah merupakan keperluan hidup haiwan liar, manakala metropolitan merupakan keperluan hidup kaum manusia.

Menjelang Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun lalu, Setiausaha Agung PBB António Guterres menegaskan bahawa 10 tahun akan datang merupakan peluang terakhir bagi kita untuk memulihkan sistem ekologi.

Kerajaan China pula tegaskan pada Hari Alam Sekitar Sedunia bahawa kita sebagai manusia perlu menghormati alam sekitar, menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan melindungi alam sekitar, serta menggalakkan struktur baharu bagi mewujudkan simbiosis antara kita.

China juga akan menganjurkan mesyuarat ke-15 pemeterai “Kovensyen Kepelbagaian Biologi” di Kunming pada bulan Oktober nanti.

Mungkin kumpulan gajah Asia liar yang berhijrah menghampiri bandar ini merupakan ingatan paling jelas bagi semua hadirin mengenai peri pentingnya kepelbagaian biologi.

Berhijrah merupakan kemampuan penting bagi banyak jenis haiwan liar untuk mengawal kesinambungan spesies.

Andai kata mereka hanya hidup di satu tempat sahaja, ia pastinya akan menimbulkan masalah pembiakbakaan dalam dan lain-lain.

Meskipun kawasan perlindungan di tempat asal kumpulan gajah liar tersebut dicatatkan seluas 2425 km persegi, tapi jumlah gajah liar turut meningkat dari 193 ekor pada tahun 30 tahun yang lalu hingga kira-kira 300 ekor buat masa ini.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, gajah-gajah tersebut ingin berhijrah untuk mencari tempat yang lebih luas, manakala bayi gajah pula perlu mempelajari kemampuan berhijrah bersama-sama keluarga.

Apakah yang dilakukan dengan gajah-gajah yang memasuki kawasan jalanan di Yunnan itu? Sebenarnya kerajaan China tidak banyak mengganggu gajah tersebut, dan sebaliknya menuntut agar penduduk tidak mengadakan gangguan.

Kerugian yang dialami akibat kumpulan gajah tersebut dicatatkan lebih RMB7 juta, dan kesemuanya akan diberi pampasan oleh kerajaan.

Kini, terdapat 12 buah dron digunakan untuk mengintip kumpulan gajah tersebut.

Sekiranya mereka menghampiri bandar Kunming, barulah lori berat akan digunakan sebagai penghalang jalan dan selepas itu gajah-gajah tersebut pula akan dipujuk menggunakan makanan supaya mereka bertukar arah dan masuk ke hutan semula.

Penduduk tempatan sebenarnya tidak asing dengan gajah liar, dan itulah sebabnya mereka masih bersikap tenang ketika menerima ‘kunjungan rasmi’ sekumpulan gajah tersebut.

Walaupun diceroboh rumahnya, seorang penduduk tertarik dan masih mampu tertawa tatkala melihat dari dron yang dua ekor gajah sempat meminum arak yang disimpannya hingga mabuk.

Ketika gajah itu sedarkan diri, gajah-gajah yang lain pula telah beredar, dan dua ekor gajah tersebut mencari jalan kembali ke kawasan perlindungan sebelum ini.

Ada pula elemen lucu yang lain iaitu apabila penduduk melihat gajah membuka paip minum satu demi satu, penduduk secara berseloroh bertanya mengapa tidak memnutup paip setelah minum? Adakah mereka tak nampak papan tanda “menjimat sumber air”?

Bagi penduduk di Kunming, mereka menyaksikan gajah di jalan dengan tentang sambil berasa yakin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan melindungi keselamatan penduduk dan juga gajah.

Menjamin keselamatan gajah dan hayat mereka hanya langkah sementara yang diperlukan. Kes ini nampaknya menarik, tapi sebenarnya bahaya bagi gajah juga penduduk tempatan. Penyelesaian pragmatik adalah memandu mereka kembali ke kawasan perlindungan.

Selepas ini, kerajaan China dan pelbagai negara lain perlu mempertimbangkan bagaimana untuk menyelaraskan perlindungan terhadap kepelbagaian biologi dengan pembangunan sosioekonomi, menyelamatkan bumi sebagai kampung halaman bersama antara manusia dan juga haiwan liar.

张弘