Elakkan Pertunjukan Politik, Bertindaklah Bekalkan Vaksin

2021-06-09 13:10:26  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media pada Isnin menyatakan bahawa vaksinasi di negara berpendapat tinggi mewakili 44% daripada jumlah keseluruhan di dunia setakat ini, manakala rakyat dari negara berpendapat rendah hanya menerima 0.4% vaksin.

Tambah beliau, pihaknya menanti-nantikan beberapa negara yang berjanji berkongsi vaksin dapat menunaikan komitmen mereka pada Jun dan Julai ini.

Sebelum ini, kerajaan Amerikan Syarikat (AS) berjanji akan membekalkan 80 juta dos vaksin kepada luar negara sebelum hujung Jun. Namun setakat ini, masih belum lihat tindakannya.

Kerajaan AS terdahulu pimpinan Donald Trump telah berjanji akan menghulurkan bantuan dana sebanyak USD100 juta kepada negara membangun, tetapi gagal dilaksanakan.

Dalam masa terdekat ini, beberapa negara Barat mengamalkan "nasionalisme vaksin" dalam isu pengeluaran dan pengagihan vaksin hingga mengacau perjuangan melawan wabak di seluruh dunia.

Contohnya, pada fasa awal kempen vaksinasi dijalankan, AS telah menyimpan vaksin sejumlah beberapa kali ganda berbanding keperluannya. Selepas vaksinasi menampakkan kemajuan, politikus AS barulah mengemukakan "projek bantuan vaksin" dengan tujuan politik demi memperbaiki imej negaranya dan mengekang China.

Bantuan vaksin ialah moral antarabangsa, bukanlah senjata politik. Berbanding dengan pertunjukan politik, apa yang diperlukan dunia adalah tindakan AS yang sebenar.

覃淼