Laman Web Terputus Kerana Masalah Teknikal

2021-06-09 15:26:07  CRI
Share with:

Syarikat perkhidmatan pengkomputeran awan dari Amerika Syarikat (AS), Fastly mengalami masalah teknikal pada pagi Selasa dan ini mengakibatkan banyak laman web terputus sambungan internet. Kira-kira sejam kemudian, laman web tersebut pulih.

Menurut laporan media tempatan, sejumlah besar laman web termasuk Amazon, New York Times, Financial Times dan portal kerajaan Britain gagal dikunjungi.

Gangguan kali ini melibatkan berpuluh-puluh negara dan kawasan di dunia.

徐国玮