Penundaan Sukan SEA Gagal Diluluskan

2021-06-10 14:38:10  CRI
Share with:

Vietnam, hos Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-31, bercadang untuk menunda temasya sukan yang dijadual diadakan di Hanoi pada hujung tahun ini berikutan situasi penularan pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

Untuk membincangkan cadangan Vietnam tersebut, majlis Olimpik 11 negara Asia Tenggara bermesyuarat pada Rabu, namun gagal mencapai persepakatan kerana cadangan itu ditentang oleh beberapa negara termasuk Malaysia.

Menurut jadual, beberapa temasya sukan akan diadakan pada tahun depan, antaranya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan diadakan di Beijing pada 4 hingga 20 Februari, Sukan Komanwel akan diadakan di Birmingham pada27 Julai hingga 8 Ogos, dan Sukan Asia akan diadakan di Hangzhou pada 10 hingga 25 September.

Sekiranya Sukan ASE ditunda ke Julai tahun depan, ia akan "berlanggar" dengan temasya sukan tersebut.

徐国玮