Beijing, Shanghai Tawar Baucar Digital RMB60 Juta

2021-06-10 20:37:46  CRI
Share with:

Penduduk Beijing dan Shanghai berpeluang memperoleh e-baucar yang ditawarkan kerajaan tempatan, masing-masing bernilai 40 juta yuan (RM25.8 juta) dan 20 juta yuan (RM12.9 juta).  

Di bandar Beijing, sebanyak 200,000 baucar digital yang setiap satunya bernilai 200 yuan (RM130) akan disediakan kepada masyarakat awam melalui cabutan bertuah.

Ini merupakan kali kedua kerajaan Beijing memberi baucar digital pada tahun ini.

Difahamkan, jumlah baucar dan nilai keseluruhannya adalah empat kali ganda berbanding pusingan pertama iaitu pada bulan Februari.

Program rintis penggunaan e-baucar mendapat sambutan yang baik di pelbagai restoran dan kedai di Beijing.

Menurut pengurus sebuah restoran, e-baucar menyerupai perkhidmatan bayaran mudah alih menerusi Wechat dan Alipay tetapi ia tiada sebarang caj tambahan untuk perkhidmatan

Sebagai salah sebuah hab perniagaan di China, Shanghai turut merintis penggunaan e-baucar mulai bulan ini.

Penduduk tempatan yang membuat pendaftaran tepat pada waktunya berpeluang memenangi baucar digital bernilai 55 yuan (RM35).

Selain itu, e-baucar juga telah diedarkan di beberapa bandar lain di China seperti Shenzhen, Suzhou, Chengdu dan Changsha dengan nilai keseluruhannya mencecah 200 juta yuan (RM128.9 juta).

张哲