Vietnam Pilih Ahli Parlimen Baharu

2021-06-11 14:49:14  CRI
Share with:

Suruhanjaya pemilihan negara Vietnam pada Khamis mengumumkan 499 orang dipilih menjadi ahli parlimen ke-15 negara itu.

Menurut suruhanjaya itu, lebih 69.2 juta pengundi di seluruh negara membuang undi pada 23 Mei, dan kadar pengundian mencatat 99.6 peratus.

Parlimen ialah badan berkuasa tertinggi di Vietnam. Tempoh perkhidmatan jawatan ahli parlimen adalah lima tahun.

Dalam sidang pertama parlimen yang akan diadakan pada 20 Julai nanti, pemimpin-pemimpin negara Vietnam yang baharu termasuk presiden dan perdana menteri akan dipilih.

徐国玮