Guangzhou Guna Teknologi Baharu Bantu Penduduk Dikuarantin

2021-06-11 15:26:12  CRI
Share with:

Susulan penularan baharu COVID-19 di bandar Guangzhou, langkah sekatan pergerakan telah dikenakan melibatkan 180 ribu penduduk.

Bagi memastikan keadaan penduduk yang dikuarantin terjamin, ibu kota provinsi Guangdong itu turut mengambil inisiatif untuk menggunakan pelbagai teknologi canggih.

Antara yang digunakan secara meluas ialah bas mini automatik yang berulang-alik untuk menghantar bahan bekalan di sekitar kawasan kuarantin.

Kenderaan dengan kapasiti muatan 1.2 tan bagi setiap perjalanan itu bertanggungjawab menghantar kotak makanan, buah-buahan dan ubat-ubatan kepada penduduk.

Dalam pada itu, syarikat permulaan tempatan, WeRide turut bekerjasama dengan beberapa syarikat teknologi, termasuk Pony AI dan Apollo Baidu, bagi menawarkan perkhidmatan penghantaran tanpa sentuh ke kawasan terbabit.

Semua kenderaan digunakan oleh syarikat yang mengkhususkan kepada penghantaran rantaian sejuk beku itu digerakkan tenaga hidrogen yang bersih menerusi pengasingan molekul air menggunakan tenaga elektrik.

Difahamkan, sejumlah 13 trak dan 23 kenderaan automatik milik WeRide telah memasuki kawasan kuarantin pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Guangzhou sedang giat menjalankan saringan terhadap penduduk tempatan untuk mengesan kes tanpa simptom.

Gimnasium di bandar itu diubah menjadi makmal ujian asid nukleik terbesar dunia dengan keupayaan memproses 3.5 juta sampel calitan setiap hari.

周乔西