Britain, AS Tingkatkan Kerjasama

2021-06-11 12:46:19  CRI
Share with:

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengadakan pertemuan di  Cornwall, Britain semalam, dan menandatangani perisytiharan kerjasama untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara yang istimewa itu.

Kerajaan Britain memberitahu bahawa perisytiharan tersebut disebut sebagai "Piagam Laut Atlantik" edisi baharu.

Kedua-dua pihak mengemukakan visi baharu untuk mengintensifkan kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan, sains dan inovasi, ekonomi dan perdagangan, kesihatan, perubatan dan lain-lain demi bersama-sama menangani cabaran global.

Selain itu, kedua-dua negara juga berjanji akan bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan kawasan Ireland Utara. 

王瑾