Hubungan Ekonomi China, AS Saling Menguntungkan

2021-06-11 12:47:06  CRI
Share with:

Sebagai dua entiti ekonomi utama di dunia, hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) adalah saling menguntungkan demi situasi menang-menang.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng dalam sidang media di Beijing semalam.

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao telah berhubung rakan sejawatanya dari AS, Gina Raimondo melalui telefon semalam. Mereka bertukar-tukar pendapat tentang isu yang menjadi perhatian masing-masing, dan bersetuju untuk mengekalkan komunikasi.

Mengenai tindakan presiden AS, Joe Biden yang menarik balik arahan eksekutif terhadap syarikat China termasuk TikTok, WeChat dan aplikasi lain, Gao Feng mengulas bahawa tindakan tersebut satu langkah positif ke arah yang betul.

Beliau menegaskan, China menentang pelan pembangunan sesebuah negara melalui menyekat negara lain. Mempolitikkan isu ekonomi dan permaian campur tolak tidak sesuai dengan pembangunan sezaman.

王瑾