Qinghai Disebalik Kacamata Hitam Presiden Xi

2021-06-11 09:33:11  CRI
Share with:

Qinghai Disebalik Kacamata Hitam Presiden Xi_fororder_205074988

Dalam tinjauan Presiden Xi ke Provinsi Qinghai pada beberapa hari ini, beliau kelihatan selalu memakai kacamata hitam.

Ini sangat jarang-jarang berlaku dan menarik tumpuan Satria.

Setelah mengadakan sedikit penyelidikan, Satria baru faham sinaran matahari di Qinghai pada bulan ini dicatatkan sepanjang kira-kira 14 jam sehari. Ya, sangat kuat.

Dalam carian juga Satria dapati bahawa Qinghai sangat kaya dengan tenaga solar.

Selepas beberapa carian lagi, Satria ternampak pula gambar yang memperlihatkan papan solar yang cukup luas seperti tasik dalam gurun pasir di dataran tinggi Qinghai-Tibet.

Kini, sumber tenaga solar merupakan tenaga utama di Provinsi Qinghai, menjadikannya pusat industri tenaga solar China dan juga kawasan mempunya paling banyak loji jana kuasa solar di dunia.

Dilaporkan bahawa tenaga bersih yang digunakan di Provinsi Qinghai telah mencatat 88.2%, manakala pelepasan karbon menduduki ketiga paling rendah di seluruh negara China.

Ini menggalakkan Qinghai meletakkan sasaran untuk mewujudkan puncak pelepasan karbon dan neutral karbon mendahului provinsi yang lain.

Yang lebih menarik, penduduk etnik Tibet di Qinghai sangat ramai!

Etnik Tibet merupakan etnik penggembala, tapi seiring dengan perubahan cuaca, Qinghai terlebih dahulu menjadi provinsi yang kawasan pegurunan paling luas di China.

Dengan perkembangan pesat tenaga solar, papan solar yang luas menurunkan kelajuan angin dan mengurangkan sejatan air di gurun pasir.

Secara beransur-ansur, rumput pun bertumbuh di bawah papan solar, sekali gus mewujudkan satu pemandangan yang unik di Qinghai dengan elemen seperti gerombolan kambing sedang meragut rumput di bawah papan solar di kawasan gurun pasir.

Dengan pelbagai kaedah yang digalakkan oleh kerajaan tempatan, bukan hanya gurun pasir di Qinghai yang semaking menghijau, malah Tasik Qinghai yang dulu mengering kini pula menjadi semakin luas.

Sungguh tak sangka pencarian suka-suka ini telah membawa Satria kepada satu landskap baharu.

Jelas, dengan melindungi ekologi dan mengembangkan industri hijau, Qinghai kini mampu menikmati pembangunan berkualiti tinggi.

张弘