China Saran Bentuk Komuniti Kongsi Nasib Sesama Buruh

2021-06-11 13:42:03  CRI
Share with:

China Saran Bentuk Komuniti Kongsi Nasib Sesama Buruh_fororder_cc22

China bersedia berganding bahu dengan kerajaan, golongan buruh dan majikan dari negara-negara lain bagi memantapkan ekonomi global dan keseluruhan situasi pekerjaan.

Demikian ujar Naib Menteri Sumber Manusia dan Jaminan Sosial China, You Jun ketika berucap pada Persidangan Buruh Antarabangsa sesi ke-109 secara maya, di Beijing pada Khamis.

You berpendapat, kaum buruh ketika ini berhadapan tiga cabaran utama iaitu menghapuskan wabak COVID-19, memulihkan ekonomi dan menstabilkan pasaran pekerjaan.

China Saran Bentuk Komuniti Kongsi Nasib Sesama Buruh_fororder_cc11

Untuk itu, adalah penting agar usaha sama di peringkat global terus dipererat ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama buruh.

Beliau berkata, koordinasi antara dasar kewangan dan dasar pekerjaan perlu giat digerakkan, sementara langkah lebih tegas diambil untuk memastikan hak dan kepentingan pekerja dari sektor baharu terjamin.

Pada masa sama, You turut menekankan peri pentingnya dalam menggalakkan pembangunan mampan.

"Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi, penyediaan peluang pekerjaan, penghapusan kemiskinan dan perlindungan alam, bergerak seiringan hingga membuahkan hasil memuaskan," tambah beliau.

Bermula 7 hingga 19 Jun, wakil kerajaan, buruh dan majikan dari 187 negara anggota Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bertemu secara dalam talian untuk membincangkan isu-isu penting, termasuk rejuvenasi berpusatkan manusia daripada kesan pandemik COVID-19.

董筱娉