Perdagangan Luar Hainan Melebihi 100 B

2021-06-11 13:36:46  CRI
Share with:

Jumlah import dan eksport Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan mencatat lebih RMB100 bilion (RM64.41 bilion) sejak Pelan Induk Pembangunan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan diperkenalkan setahun lalu.

Menurut statistik kastam, jumlah import dan eksport Hainan merekodkan RMB106.3 bilion dari Jun 2020 hingga Mei 2021. Angka ini menyaksikan peningkatan 24.5% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dan juga 9.9% lebih tinggi daripada tahap purata China.

Antarnaya, jumlah import mencatat RMB80.54 bilion, meningkat 54.1% dan kadar ini menduduki tangga teratas di seluruh negara.

Kini, ASEAN, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) ialah tiga rakan dagang terbesar bagi Hainan.

覃淼