“Rider” di Guangzhou Diberi Keutamaan Terima Vaksin

2021-06-11 12:13:07  CRI
Share with:

Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, bandar Guangzhou kini menggandakan usaha pemvaksinan dalam kalangan penghantar segera (rider).

Setakat ini, lebih 150 ribu “rider” di ibu kota provinsi Guangdong itu telah menerima vaksin.

Di Hospital Rakyat Daerah Tianhe, laluan hijau turut disediakan bagi mempermudah staf syarikat perkhidmatan penghantaran mendapatkan vaksin.

Rata-rata penerima vaksin memberi reaksi bahawa mereka berasa lebih selamat untuk bekerja selepas menerima suntikan, serta turut menghapuskan kebimbangan pelanggan.

“Rider” merupakan antara golongan yang selalunya bekerja dengan lebih banyak masa.

Justeru, sejak jangkitan baharu dikesan, kerajaan tempatan Guangzhou telah mengerahkan kumpulan petugas khas, di samping mendirikan pusat pemvaksinan di pelbagai daerah untuk membantu mereka menerima suntikan vaksin COVID-19 seawal mungkin.

Seorang anggota kumpulan petugas dari Suruhanjaya Kesihatan Guangzhou, Gao Ping berkata, untuk tujuan itu juga, terdapat 16 kempen pemvaksinan yang berskala besar dan sederhana telah dilaksanakan.

Menurut beliau, pihaknya juga merancang menganjurkan 20 lagi kempen pemvaksinan khas menjelang 1 Julai, selain mengerahkan kumpulan petugas supaya “rider” mendapat vaksin di tempat kerja mereka.

张哲