Kadar Kelahiran Etnik Minoriti di Xinjiang Lebih Tinggi Berbanding Jerman

2021-06-11 11:56:41  CRI
Share with:

Kadar Kelahiran Etnik Minoriti di Xinjiang Lebih Tinggi Berbanding Jerman_fororder_45991255caa341f096e515546a4ff1ec

Tahukah anda, kadar kelahiran etnik minoriti di Xinjiang adalah jauh lebih tinggi berbanding Jerman?

Ya, kepada Adrian Zenz, ini adalah fakta yang perlu anda tahu.

Siapakah dia gerangan Adrian Zenz ini? Jika anda ada terbaca propaganda media Barat, baru-baru ini mereka telah mendapat ilham untuk mengada-adakan pembohongan baharu tentang Xinjiang.

Pemunya nama Adrian Zenz yang kononnya ‘pakar Xinjiang’ meskipun tidak pernah menjejak kaki ke tempat yang indah itu menyatakan bahawa dasar rancangan keluarga di China akan mengurangkan jutaan kelahiran etnik minoriti di Xinjiang pada 20 tahun akan datang.

Setiap bulan Adrian Zenz pasti akan mengeluarkan pembohongan baharu mengenai Xinjiang.

Satria syak, ini mungkin sebab pemeriksaan atas pencapaian KPI pada bulan ini dah dekat, justeru dia pun terburu-buru untuk mengeluarkan pembohongan edisi baharu tersebut.

Kalau anda nak tahu, dasar rancangan keluarga telah dilaksanakan selama 40 tahun, dan sasaran pada masa itu untuk menggalakkan pembangunan sosioekonomi negara.

Sebab pada masa itu masalah kelaparan masih banyak di China manakala populasinya adalah yang paling ramai di dunia.

Bayangkan kalau populasi China buat masa ini bukan 1.4 bilion, malah 1.8 bilion, pasti sumber sedunia pun susah memenuhi keperluan China.

Bagaimanapun, dasar rancangan keluarga itu secara amnya hanyalah untuk mengawal populasi etnik Han yang menjadi majoriti.

Satu keluarga Han hanya diizinkan melahirkan satu anak. Manakala kelaurga etnik monoriti diizinkan melahirkan dua anak, kalau penduduk etnik minoriti di kawasan desa diizinkan melahirkan tiga anak.

Berdasarkan statistik, dari tahun 2010 hingga 2018, etnik minoriti di Xinjiang menambah dari 13 juta kepada 15.8 juta, meningkat 22.14%. Antaranya penduduk etnik Uygur menambah dari 10 juta kepada 12.7 juta, meningkat 25.04%.

Dalam tempoh yang sama, etnik Han di Xinjiang pula menambah dari 8.8 juta kepada 9 juta, hanya meningkat 2%.

Begitu mudah Adrian Zenz, dengan main teka-teka sahaja, dia berani mendakwa kerajaan China melaksanakan genosid terhadap etnik Uygur, mengapa tidak berani mengumumkan angka ini dalam laporannya?

Menurut logiknya, adakah kerajaan China telah melaksanakan genosid terhadap etnik Han untuk melindungi penambahan etnik minoriti di Xinjiang?

Satu fakta yang belum didedahkan oleh Adrian Zenz adalah, kadar kelahiran di negaranya, iaitu Jerman hanya mencatat 1.57, taraf ini hampir sama dengan kadar purata di China, jauh lebih rendah berbanding etnik monoriti di Xinjiang.

Bagi Satria mudah sahaja, ‘pakar’ ini sepatutnya perlu lebih mengutamakan masalah “genosid” di negara sendirinya terlebih dahulu.

张弘