Gambar Saintifik Diambil Prob Tianwen-1 Diumumkan

2021-06-12 15:05:11  CRI
Share with:

Jabatan Pentadbiran Angkasa China (CNSA) mengumumkan gambar-gambar saintifik kumpulan pertama yang diambil oleh prob penyelidikan Tianwen-1 di Marikh pada Jumaat.

Ini menandakan misi penyelidikan China ke Marikh mencapai kejayaan.

Kumpulan tersebut terdiri daripada empat gambar yang diambil oleh kenderaan perayau Zhurong, masing-masing merakamkan panorama di tempat pendaratan Tianwen-1, bentuk muka bumi Marikh, platform pendaratan, dan platform berlatarbelakangkan Marikh.

Ketua pereka misi pertama China ke Marikh tersebut, Zhang Rongqiao berkata, dilihat dari gambar berkenaan, bentuk muka bumi di tempat pendaratan rata dan horizon Marikh juga boleh dinampak.

Zhang berkata, kenderaan perayau Zhurong beroperasi dengan baik pada masa ini. Ia menuju ke sasaran yang ditetapkan setiap hari.

Sehingga kini, perayau itu telah meninggalkan platform pendaratan dan berjalan kira-kira 80 meter jauh.

徐国玮