AS Digesa Henti Main Api

2021-06-13 16:01:45  CRI
Share with:

Ahli Senat Amerika Syarikat (AS), Edward Markey dan Mitt Romney baru-baru ini menyatakan akan mengadakan sesi pendengaran untuk membincangkan "peningkatan hubungan AS dengan Taiwan", dan menawarkan lebih banyak vaksin COVID-19 kepada tentera Taiwan. Ini satu lagi tindakan AS yang cuba memisahkan Taiwan dari China menggunakan alasan vaksin, selepas tiga ahli senat melawat Taiwan dengan menaiki pesawat tentera yang membawa vaksin kepada wilayah itu.

Dalam jangka masa panjang, AS menganggap Taiwan sebagai "mesin keluarkan wang" melalui penjualan senjata dan tempat eksport "daging babi yang mengandungi ractopamine", tidak pernah berfikir betul untuk Taiwan.

Baru-baru ini, AS berulang kali berjanji akan menghulurkan bantuan vaksin kepada Taiwan untuk mengurangkan tekanan pihak berkuasa tempatan kerana gagal membendung penularan wabak.

Walau bagaimanapun, 750 ribu dos vaksin yang dijanjinya masih belum diberikan, sedangkan jumlah itu terlalu kecill jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Taiwan seramai 23 juta.

Ditambah lagi, Parti Progresif Demokratik Taiwan memfitnah keikhlasan Tanah Besar China untuk menyediakan vaksin kepada Taiwan, mengakibatkan peluang keemasan untuk menyelematkan nyawa penduduk Taiwan terlepas berkali-kali.

Isu Taiwan merupakan kepentingan asas China, juga isu paling sensitif dalam hubungan China dengan AS. AS dituntut menghentikan sebarang lawatan rasmi dan ketenteraan dengan Taiwan. Jika tidak, China akan mengambil tindakan balas sekeras-kerasnya.

胡星