Texas akan Bina Tembok Pemisah di Sempadan

2021-06-13 16:02:56  CRI
Share with:

Gabenor negeri Texas, Greg Abbott mengumumkan baru-baru ini, pihaknya akan membina tembok pemisah di sempadan negeri itu dan menangkap pendatang haram. Perincian rancangan akan diumumkan minggu depan. 

Difahamkan, dasar migran terkawal yang diambil oleh kerajaan Donald Trump telah diubahsuai selepas pemerintah Biden mengambil alih pentadbiran.   

Namun Gabenor Texas, yang juga ahli Parti Republikan, Greg Abbott pernah mengkritik dasar migran kerajaan Biden sebagai dasar yang "membuka sempadan" yang mengakibatkan "krisis kemanusiaan" di negeri itu.

胡星