China Terbuka dalam Penyelidikan Angkasa

2021-06-13 15:15:25  CRI
Share with:

China sedang menjalankan kerjasama pertukaran data orbit prob penyelidikan Marikh dengan Biro Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA) Amerika Syarikat (AS) dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) baru-baru ini.  

Sementara itu, China akan terus mengambil sikap yang terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan negara lain dalam sesi ke-4 projek penyelidikan Bulan, penyelidikan asteroid dan stesen penyelidikan saintifik Bulan antarabangsa, berdasarkan prinsip bermuafakat, membina bersama dan berkongsi.

Jurucakap Jabatan Pentadbiran Angkasa China (CNSA), Xu Hongliang berkata demikian dalam sidang taklimat semalam.

Menurutnya, dalam misi prob penyelidikan Marikh Tianwen-1, China mengadakan kerjasama yang meluas dengan ESA dan badan-badan berkaitan dari Perancis, Argentina dan Austria. Sementara itu, CNSA juga mengekalkan komunikasi dengan badan berkaitan dari Perancis, Austria dan Rusia tentang kerjasama penggunaan data penyelidikan prob berkenaan.

徐国玮