Rundingan Nuklear Iran: Masih Wujud Isu Belum Selesai

2021-06-15 11:36:57  CRI
Share with:

Rundingan mengenai perjanjian komprehensif isu nuklear Iran terus berlangsung di Vienna, dan masih wujudnya sesetengah masalah yang belum diselesaikan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh pada Isnin berkata, pihak-pihak berkenaan masih perlu menyelesaikan isu berkaitan teknikal, undang-undang dan pentadbiran serta beberapa isu utama. Rundingan itu tidak menemui kebuntuan.

Jurucakap itu juga menggesa kerajaan AS supaya tidak mengulangi perbuatan salah yang dilakukan mantan Presiden Donald Trump. 

张哲