WHO: Penularan Lebih Cepat daripada Agihan Vaksin

2021-06-15 13:58:52  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa penyebaran koronavirus COVID-19 jauh lebih cepat daripada pengedaran vaksin berkenaan pada ketika ini.

Ketua pengarah pertubuhan itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sesi taklimat pada Isnin, berkata virus COVID-19 yang bermutasi mempercepat lagi pemerebakan pandemik itu di peringkat dunia, sekali gus menyebabkan ramai individu yang belum mendapat perlindungan terdedah kepada risiko jangkitan.

Beliau turut menegaskan, kumpulan berisiko tinggi dari kawasan yang memerlukan vaksin perlu terus diberi keutamaan. Bekalan vaksin yang mencukupi di dunia ketika ini mampu membendung penularan virus dan menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Selain itu, langkah-langkah kesihatan awam yang diambil kebanyakan negara juga berjaya mengekang pemerebakan wabak dan berkesan kepada varian baharu COVID-19.

董筱娉