AS Bangga Umumkan Telah Sumbangkan 80 Botol Vaksin kepada Trinidad dan Tobago

2021-06-16 14:55:23  CRI
Share with:

AS Bangga Umumkan Telah Sumbangkan 80 Botol Vaksin kepada Trinidad dan Tobago_fororder_198672805_3928032750577401_109187988963801144_n

Setelah G7 berjanji akan menyumbang 1 bilion dos vaksin kepada negara membangun, Amerika Syarikat pun nampaknya segera ambil tindakan.

Kedutaan Besar kepada kuasa gergasi itu dengan bangganya umumkan untuk menyumbang 80 botol vaksin kepada Trinidad dan Tobago.

Ya, ini bukan salah tulis Satria, bukan 80 ribu, tapi 80 botol saja (kira-kira 480 dos), untuk negara yang berpopulasi 1.4 juta orang!

Hantaran Twitter ini dalam sekejapan dikongsikan oleh para netizen dan mereka komen bahawa ini boleh diibaratkan seperti jutawan yang menyumbang beberapa sen tapi sibuk untuk mengadakan sidang akhbar dan nak beritahu seluruh dunia.

Ada juga netizen yang membandingkan sumbangan AS dengan 200 ribu dos vaksin Sinopharm yang telah dihantar oleh kerajaan China ke Trinidad dan Tobago pada minggu lalu.

Satria berharap komen-komen tersebut mampu merangsang AS dan G7 untuk benar-benar menyediakan lebih banyak bantuan kepada Trinidad dan Tobago serta pelbagai negara membangun yang lain.

Kalau diikutkan kenyataan WHO, kita memerlukan 11 bilion dos untuk mewujudkan program imunisasi untuk 70% populasi sedunia.

Satria juga amat bangga sekiranya China mampu memainkan peranan sebagai penjana bagi G7 untuk memikul lebih banyak tanggungjawab global.

Sebelum ini juga, kita boleh lihat apa sahaja yang China buat, mereka juga seperti cacing kepanasan dan terus buat.

Bukti?

Satunya ialah selepas China berjaya menyediakan lebih 350 juta dos vaksin kepada dunia, AS dan G7 pula berjanji akan menyediakan vaksin kepada dunia.

Keduanya pula ialah setelah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China telah membantu pelbagai negara meningkatkan infrastruktur, G7 juga mengumumkan program yang dicadangkan oleh Joe Biden untuk membantu pembinaan infrastruktur.

Kalau semua janji tersebut ditunaikan, Satria pun berasa amat gembira, sebab ini memang akan membawa feadah bagi pembangunan dunia.Cuma berdasarkan perkembangan terkini dari pihak G7, niat mereka kurang meyakinkan.Kita lihat vaksin yang telah disumbangkan mereka kepada negara-negara lain, kebanyakannya adalah vaksin AstraZaneca yang penggunaannya dilarang di pelbagai negara Barat ekoran kesan sampingan bahaya.

Manakala, kilang vaksin Johnson&Johnson di AS dikesan terdapat pencemaran, seterusnya FDA memutuskan 60 juta dos vaksin tersebut perlu dihapuskan, manakalah 10 juta dos diizinkan dieksport atau disumbangkan kepada negara lain dalam rangka program bantuan Joe Biden!

Lihat sahaja dwi-standard mereka, vaksin yang kualitinya terjamin disimpan untuk penggunaan sendiri, sementara vaksin yang mereka buang barulah dieksport atau disumbangkan kepada negara lain.

Bagi Barat, itulah makna sebenar bantuan. Bagi Satria, itu pula adalah percubaan tikus makmal bagi syarikat farmaseutikal Barat.

Kenapa Satria panggil begitu?

Sebab, kebanyakan vaksin Sinovac dan Sinopharm yang diberikan kepada dunia turut digunakan sebanyak 20 juta dos sehari di dalam negara China!

Sama juga dalam bidang bantuan pembinaan infrastruktur. China membantu Kemboja menaiktarafkan pelabuhan terbesar negara itu, pelabuhan Ream. Bantuan ini tanpa prasyarat dan hak pentadbiran pelabuhan ini pun 100% dimiliki oleh Kemboja setelah disiapkan.

Bagaimanapun, AS pula mengsyaki China akan membina pelabuhan ketenteraannya di sana dan menuntut meninjau ke sana.Kemboja mengizinkan kunjungan Atase Tentera AS. Tapi setelah ditolak memasuki sebahagian fasiliti ketenteraan di pelabuhan itu, Atase Tentera AS segera menyatakan bahawa kunjungan itu disifatkan lengkap sekiranya semua fasiliti dibuka kepadanya.

Itulah sikap AS, negara membangun tidak berhak menolak tuntutan dari AS dan semua fasiliti ketenteraan pun perlu terbuka kepada AS. Kalau tidak? Mereka cap ia sebagai konspirasi China.Ia sama sekali bukan untuk membantu negara-negara lain, tetapi cuma agenda politik untuk menyekat pengaruh China saja.

张弘