Pakar China Bantah Konspirasi Kebocoran Makmal

2021-06-17 11:15:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_0823dd54564e925842089e7842a1d75fccbf4e16

Shi Zhengli, pakar Institut Pengajian Virus Wuhan Akademi Sains China baru-baru ini menerima wawancara New York Times mengenai konspirasi virus COVID-19 kebocoran dari makmal Wuhan.

Menurut Shi, permintaan oleh segenap pihak untuk beliau menyediakan bukti bagi membantah fitnah tidak berasas tersebut dianggap sebagai tidak masuk akal.

Dalam nada sedih, beliau turut kecewa apabila para saintis terus-menerus ditekan dan dijadikan kambing hitam. Beliau sendiri pula digambarkan “Bat Woman” oleh media Barat.

Terdahulu, Los Angeles Times menerbitkan rencana dan menjelaskan belum ada sebarang bukti yang mampu mendakwa virus COVID-19 adalah berpunca dari kebocoran dari makmal.Tapi, pada masa yang sama, banyak media arus utama di Barat terus mengada-adakan konspirasi kebocoran makmal.

Yang boleh kita simpulkan sekarang ini adalah betapa jelasnya percanggahan dalaman yang terdapat dalam kerajaan Joe Biden.Dalam sidang kemuncak G7, Joe Biden mengemukakan untuk mengadakan penyelidikan punca COVID-19 fasa kedua dan ia turut mendapat sokongan dari anggota yang lain.

Tapi para anggota G7 jelas ada pandangan berbeza mengenai sasaran penyelidikan.

Perdana Menteri Britian, Boris Johnson telah berapa menyatakan kepada media bahawa bukti yang disaksikannya tidak menyokong COVID-19 berpunca dari kebocoran makmal dan kerajaan Joe Biden pun ketika itu memahami keadaan tersebut.

Ketika dipersoalkan di Dewan Senat baru-baru ini, Setiausaha Negara Antony Blinken menyatakan bahawa laporan yang mendakwa kebocoran makmal dianjurkan oleh kerajaan Trump dan dikemukakan oleh sebuah badan bukan kerajaan.Menurut beliau, banyak penyelidikan, analisis dan bukti dalam laporan tersebut hanya untuk menyokong keputusan yang ditetapkan dulu saja, dan tidak meyakinkan.

Meskipun ‘warisan’ politik Trump ini tidak diingini oleh kerajaan Joe Biden, tapi dasar bertentangan secara menyeluruh terhadap China dari kerajaan Trump diwariskan oleh kerajaan Joe Biden.

Sambil menyelam, sambil minum air.Dalam pada mereka menafikan laporan mengenai kebocoran makmal Wuhan, pada masa sama mereka turut menyeru penyelidikan punca COVID-19 fasa kedua yang kita tahu ia hanya menyasarkan satu negara saja, iaitu China.

Dengan sikap yang tak menentu oleh kerajaan AS serta pelbagai media yang mencari-cari bahan yang menarik, tanpa mengira sama ada ia benar atau tidak, konspirasi tersebar dengan cepat dan diterima oleh sebahagian pembaca yang cukup meyakinkan media arus utama Barat, sementara sains dan saintis menjadi mangsa.

Pakar WHO telah beberapa kali mengadakan penyelidikan di China dan mengeluarkan laporan jelas, virus COVID-19 sama sekali tidak mungkin kebocoran dari makmal di Wuhan dan pasar makanan laut di Wuhan bukan tempat asal pandemik. Para pakar yang menyertai penyelidikan di China dihitmakan, bahkan menghadapi ancaman keselamatan.

Tapi hanya kerena agenda politik, laporan yang mempunyai butiran jelas ini diketepikan.

Laporan yang Joe Biden mahukan sebenarnya sama dengan Donald Trump, iaitu laporan yang menyokong keputusan yang ditetapkan oleh mereka.

张弘