AS, Rusia Setuju Lancar Dialog Kestabilan Strategik

2021-06-17 14:44:54  CRI
Share with:

Washington dan Moscow bersetuju melakukan dialog strategik dua hala mengenai kawalan senjata dan pengurangan risiko berkonflik.

Demikian kenyataan bersama antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin selepas pertemuan bersemuka di Geneva, Switzerland pada Rabu.

Kenyataan itu berbunyi, dua negara berkenaan bersetuju melanjutkan perjanjian pengurangan senjata stragetik baharu atau New START, memperlihatkan komitmen mereka dalam mengawal senjata nuklear.

Dialog kestabilan strategik secara bersepadu membabitkan dua pihak akan dilancarkan tidak lama lagi, sebagai persediaan asas bagi pengawalan senjata dan pengurangan risiko.

董筱娉