Pameran Sejarah Seratus Tahun PKC Buka Tirai

2021-06-19 17:05:14  CRI
Share with:

Pameran sejarah Parti Komunis China (PKC) bertemakan “ingat akan visi asal dan misi yang digalas” membuka tirainya di Muzium PKC di Beijing pagi Jumaat.

Dengan menghimpunkan lebih 2,600 gambar dan 3,500 tinggalan sejarah, pameran itu memaparkan sejarah perjuangan PKC sepanjang seabad lalu.

Pameran Sejarah Seratus Tahun PKC Buka Tirai_fororder_makesi

Antara yang dipertontonkan, manuskrip The Brussels Notes ditulis Karl Marx pada 1845. Ia mempunyai makna signifikan dalam mengkaji perkembangan Marxisme.

Pameran Sejarah Seratus Tahun PKC Buka Tirai_fororder_makesi2

Majalah "Pemuda Baharu" atau La Jeunesse antara terbitan yang memperkenalkan sains dan demokrasi pada awal abad ke-20.

Penerbitannya menandakan permulaan gerakan budaya baharu di China, sekali gus meletakkan asas pemikiran kepada penyebaran Marxisme dan "Gerakan 4 Mei" pada 1919.

周乔西