China Sedia Kolaborasi dengan Dunia Eksplorasi Alam Semesta

2021-06-19 16:42:04  CRI
Share with:

China bersedia berkolaborasi dengan pelbagai negara dalam mengeksplorasi alam semesta dan menggunakan ruang angkasa secara damai.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media di Beijing pada Jumaat.

Sebelum ini, jabatan angkasa lepas dari beberapa negara termasuk Agensi Angkasa Lepas Rusia (Roscosmos), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) serta Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan China menghantar tiga angkasawan ke modul teras stesen angkasa Tianhe.

Kejayaan itu disifatkan sebagai satu lagi kemajuan signifikan China dalam misi mengeksplorasi angkasa lepas.

Sehubungan dengan itu, Zhao mengucapkan terima kasih atas perutusan tahniah daripada pelbagai pihak.

Beliau berkata, kehadiran tiga angkasawan China sebagai penghuni kumpulan pertama modul teras stesen angkasa Tianhe menyingkap fasa baharu dalam misi meneroka ruang angkasa.

Tambah beliau, usaha China dalam membangunkan stesen angkasa lepas akan memberi pengalaman khususnya dari segi teknikal untuk umat manusia meneroka angkasa jauh.

周乔西